Tuesday, May 15, 2012

Puteri Brunei mahu belajar berlakon


Anak saudara Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, Puteri Munji Atirah melahirkan hasrat untuk mengikuti kelas lakonan dengan rangkaian televisyen ABS-CBN di Filipina. Sehubungan itu, Puteri Munji ingin melawat Manila dalam masa terdekat. Beliau yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah itu kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dalam bidang komunikasi media di sebuah universiti di sini.

Dibesarkan di bawah jagaan pengasuh warga Filipina, maka tidak hairanlah jika Puteri Munji menanam minat terhadap industri seni di negara terbabit. April lalu, beliau berpeluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif ABS-CBN, Gabby Lopez di tengah London dan Lopez secara tidak langsung menjemputnya datang ke Manila. Selebriti Filipina seperti Sam Milby, Jericho Rosales, Anne Curtis dan KC Conception merupakan antara artis kegemarannya. Dalam satu wawancara eksklusif, Puteri Munji turut menyatakan minatnya untuk menyanyikan lagu-lagu Filipina. - AGENSI (utusan)





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 15, 2012 at 12:29 PM said...

haha ..nice :D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!