Friday, May 11, 2012

Teruknya.. anak obesiti ini sukar berjalan..


Orang tua dari bayi yang mengalami masalah serius kelebihan berat badan di China telah memohon kepada para doktor untuk membantu anak mereka yang mengalami obesiti, terlalu teruk sehingga dia tidak mampu berjalan. Cheng Lichao dan isterinya Feng Xiaochun membawa anak mereka berusia 18, Dan Dan ke Rumah Sakit Provinsi Hunan, memohon bantuan setelah doktor lain tidak dapat menjelaskan obesiti berbahaya kepada anak mereka.

Menurut doktor, beratnya anak kecil itu lebih dari dua kali ganda berat badan biasa untuk usia dan tinggi badan, . Namun, orang tuanya mengakui mereka tidak tahu bagaimana masalah itu menjadi serius sehingga anak kecil itu sukar berjalan. Menurut pasangan itu, mereka telah mengunjungi beberapa rumah sakit tetapi doktor tidak mampu menjelaskan mengenai obesiti Dan Dan.

Tidak jelas apakah mungkin ada alasan medik disebalik ukuran tubuhnya. Ibunya Feng berkata, Dan Dan lahir dengan berat badan normal. Tambahnya lagi: "Dia mula membesar dengan cepat dari satu bulan. Ketika dia berusia satu tahun berat badannya mencapai 15 kg.


"Dia memiliki nafsu makan yang besar. Setiap makan dia harus makan hampir semangkuk besar nasi dan minum banyak air. " Feng kata Dan Dan masih belum boleh berjalan, yang mungkin kerana berat badannya. 'Tidak ada orang gemuk dalam keluarga kami. " Pasangan itu juga memiliki seorang anak perempuan lima tahun, yang beratnya hanya 13kg.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on May 11, 2012 at 8:38 PM said...

alahai kesiannya dy ni.knpe dy jd cmtu ye?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!