Sekelompok aktivis China di Kota Yulin, Guangxi, membuat kempen mengelakkan anjing dijadikan daging pasar dan menghentikan amalan makan binatang. Artist Pian Shan Kong berlutut di depan haiwan yang mati kerana merasa betapa berdosanya orang-orang yang membunuh haiwan itu dan dia meminta maaf kepada haiwan yang mati itu selama demonstrasi.
Selama ini China memang mengamalkan memakan daging anjing, terutama selama musim dingin. Ketika makanan sukar diperolehi, anjing akan dimakan sebagai sumber makanan darurat seluruh China dalam amalan yang diterima secara sosial. Namun semakin majunya negara ini, semakin banyak keluarga yang membeli anjing sebagai haiwan peliharaan dan banyak membantu kempen-kempen yang wujud bagi membanteras kekejaman terhadap haiwan.
Pada bulan April, lebih dari 500 anjing yang ditetapkan untuk dikorbankan menjadi makanan diselamatkan ketika trak mereka dihalang oleh aktivis. Namun, sebanyak 505 ekor hampir tidak selamat, setelah mengalami keadaan sempit dan kurangnya air selama perjalanan mereka melalui jalan darat.
.
2 Penyokong CHELSEA:
blueekkkk >_<
kesiannya anjing-anjing di China. :(
dulu pernah tengok rancangan dekat TV2, terkejut bila dalam drama tuh orang tuh gi kejar anjing waktu musim sejuk, sbb nak makan. kasihan..
Post a Comment