Friday, June 29, 2012

Alat pemeriksaan HIV sendiri



Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan alat untuk mengesan jangkitan virus HIV yang boleh didapati secara percuma di farmasi bagi memudahkan rakyatnya menjalani ujian tersebut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) semalam menyatakan, projek awal bernilai AS$1.2 juta (RM3.72 juta) itu akan menawarkan ujian HIV di farmasi di 24 buah bandar dan kawasan pedalaman. Wakil CDC, Kevin Fenton berkata, alat diberi nama OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test itu kini boleh didapati secara percuma di tujuh farmasi dan pihaknya akan memilih 17 lagi lokasi bersesuaian.


"Alat itu perlu dikesatkan ke bahagian dalam mulut dan keputusan awal akan diketahui dalam tempoh 20 minit,'' katanya. Beliau berkata, alat yang menyerupai kit ujian kehamilan itu mampu memberikan keputusan 99 peratus tepat. "Jika ujian positif, individu berkenaan akan dirujuk ke jabatan kesihatan tempatan atau dihantar ke makmal ujian untuk ujian lanjut. "Mereka juga akan diberikan kaunseling dan rawatan susulan.'' katanya.



Fenton berkata, pihaknya berharap alat ujian itu akan membantu menjadikan pemeriksaan HIV sebagai satu perkara biasa seperti memeriksa tekanan darah tanpa menimbulkan sebarang stigma buruk kepada mereka yang menjalani ujian tersebut. - AGENSI







.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on June 29, 2012 at 12:02 PM said...

canggih nih!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!