Tuesday, June 19, 2012

Ianya bukan bola biasa



Penyelidik kini berusaha mencari penyelesaian dan ciptaan baru bagi menghasilkan elektrik terutama untuk kegunaan di negara-negara membangun. Ciptaan terbaru bagi tujuan itu dihasilkan oleh pelajar Universiti Harvard menyaksikan bola yang boleh menghasilkan tenaga elektrik apabila ditendang. Bola tersebut yang dikenali sebagai Soccket mampu menghasilkan tenaga untuk menyalakan lampu selama tiga jam, selepas digunakan dalam permainan bola sepak selama 30 minit.

Ciptaan terbaru itu dihasilkan daripada bahan-bahan yang boleh ditemui di negara-negara membangun dan melibatkan kos seperti untuk membuat bola berkualiti tinggi. Pelajar Jessica Lin, Julia Silverman, Jessica Matthews, Hemali Thakkaras dan Aviva Presser mengenengahkan idea menggabungkan bola sepak, sukan paling diminati di dunia dengan keperluan bekalan tenaga di negara-negara membangun. Bola tersebut yang menggunakan teknologi lingkaran induktif melibatkan lingkaran besi dan pasak magnet, selain kalis air telah diuji di Afrika Selatan.


Ciptaan khas itu ketika ini boleh digunakan dengan adaptor, tetapi menurut penciptanya ia akan dibangunkan lagi pada masa depan bagi membolehkan ia mengecaj barangan lain. - AGENSI







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!