Tuesday, June 19, 2012

Hanya kerana mabuk, dia melakukannya (3 Gambar)



Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya. Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu. Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.


Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja. Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam. Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh. Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.


Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat. Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu. Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM








.

16 Penyokong CHELSEA:

Unknown on June 19, 2012 at 10:08 AM said...

adess ..

Chekgu Azrine on June 19, 2012 at 10:32 AM said...

ada jugak manusia cenggini erk..

Hudalatip on June 19, 2012 at 10:36 AM said...

Ni kat mana ni? Msia ke luar negara? Gila ke? hmmm

MISS Z BERCELOTEH on June 19, 2012 at 10:47 AM said...

kesian kat budak tu.. nasib x jadi apa2 kat budak tu

Rozita Ceritaita on June 19, 2012 at 11:05 AM said...

ya allah luluh hati baca cerita ni lulu..kalau la anak tu jatuh...

Anonymous said...

macam2 lah anak pula jd taruhan.

mrs kayrul on June 19, 2012 at 11:32 AM said...

macam nie punya ayah pun ada..mujur la ada jiran yang prihatin

skuterlady.blogspot.my on June 19, 2012 at 2:14 PM said...

macam2 hal diorang ni kan?

Muslim on June 21, 2012 at 5:06 PM said...

Macam orang tak punya hati...

Solehah Shamsuddin on June 23, 2012 at 3:06 AM said...

npe la ayah dy wt cmtu.xsyg anak ke apa

Anonymous said...

itu sebab agama haram meminum atau memasukkan benda khayal dlm badan.

fyna on December 4, 2012 at 9:58 AM said...

uiksss..bahaya betul orang macam nih.

TRAVELOG ATEH on December 8, 2012 at 4:22 PM said...

dadah punya pasal. tengah lalok lar tue. kesian bdk tak bersalah jadi mangsa

Anonymous said...

pukul binatang ni nak??

FozyAliya on December 31, 2012 at 4:18 PM said...

pelik2 org skang nie..cam dah tak tamadun jadinya...

belogisam on January 1, 2013 at 7:34 PM said...

macam ragam

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!