Friday, June 1, 2012

Pelesit atas siling



Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling. Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya. Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit. Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.

“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya. Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional. Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit. Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir. “Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri.

Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima. “Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya. Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria. “Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping. Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya. -Sinar




.

3 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on June 1, 2012 at 12:11 PM said...

menyeramkan la lulu..huhu~

CINTA UNTUK KITA on June 1, 2012 at 2:43 PM said...

ooo.. mlm td ada gak tengok cite pelesit kat 104..:)

RH on June 1, 2012 at 4:24 PM said...

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!