Tuesday, June 12, 2012

Saudara islam kita berlapar



Aktivis dari seluruh dunia hari ini mendesak campur tangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak pembebasan pemain bola sepak Palestin, Mahmoud al-Sarsak, yang kini melancarkan mogok lapar memasuki hari ke-84 dan dilaporkan sedang kritikal. Tunjuk perasaan menyatakan sokongan terhadap beliau juga dijadual hari ini di seluruh Palestin. Sarsak, 25, dimasukkan ke sebuah hospital awam semalam, namun dibawa pulang semula ke rumah sakit di penjara Ramle berdekatan Tel Aviv, lokasi beliau ditahan. "Pemeriksaan kesihatan dilakukan, namun beliau tidak ditahan," kata jurucakap perkhidmatan penjara, Sivan Weizman tanpa memberi penjelasan lanjut. Sarsak mula melancarkan mogok lapar pada 23 Mac lalu bagi membantah tindakan pihak berkuasa Israel yang menahannya atas dasar penahanan pentadbiran sejak tiga tahun lalu.


Beliau ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Jihad Islam, namun Israel tidak mengenakan dakwaan rasmi terhadapnya. Di sebalik kemarahan ramai berhubung penahanan dan keadaan kesihatan Sarsak, Israel bagaimanapun menolak untuk membebaskannya. Menurut sumber yang rapat dengan pemain bola sepak itu, Sarsak kini hanya terbaring dan berada dalam keadaan kritikal. - AFP/ AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!