Mayat seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perlis awal pagi semalam ditemui awal pagi Jumaat. Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat Nor Azhar Osman, 23, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai kira-kira pukul 1.30 pagi, tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan tenggelam. Pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Taman Pelangi, kira-kira 2 pagi semalam dan tenggelam kerana dia dikatakan tidak pandai berenang.
Gerakan mencari mangsa yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Perlis itu dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat serta para penduduk mulai 8.30 pagi Khamis setelah menerima panggilan pukul 7.17 pagi. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat bin Hassan serta keluarga mangsa turut berada di tebing sungai ketika gerakan mencari dilakukan sehingga mayatnya ditemui.-BERNAMA
.
1 Penyokong CHELSEA:
Malang tak berbau...
Post a Comment