Friday, July 27, 2012

Panas : Bila penembak Malaysia yang hamil dipersendakan diluar negara, rakyat malaysia ada untuk mempertahankannya..


Seorang penembak Malaysia, Nur Suryani Mohamed Taibi mengambil tempat dengan senapang di Sukan Olimpik London. Nampaknya semangat juangnya tinggi dan dia tidak akan peduli akan bisikan orang disekeliling diatas keadaannya. Dia yang berusia 29 tahun dari Perak - terletak 125 batu ke utara Kuala Lumpur Malaysia - dijangka bakal melahirkan anak pertama pada 2 September, kurang daripada satu bulan selepas akhir perlawanannya. Kandungannya adalah kira-kira 34 minggu apabila dia menembak pusingan dalam acara raifal 10m. Dan dengan perut yang besar itu, dia pasti akan menjadi yang paling mudah dilihat diantara 390 penembak lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan di Berek Artileri Diraja di Woolwich. Dia tidak akan menjadi atlet pertama yang hamil untuk bersaing di Sukan Olimpik, tetapi tidak dalam sejarah, tidak pernah olimpik mempunyai pesaing yang begitu hampir dengan tarikh bersalin sepertinya.



* Itu adalah kenyataan sebuah akhbar luar negara, yang lulu translate. Apa yang menarik perhatian, bukanlah kenyataan akhbar ini sebenarnya. Sebagai rakyat Malaysia, lulu sendiri maklum dengan semangat juang yang menakjubkan yang ditunjuk oleh penembak kita ini. Namun sebenarnya, di bawah kenyataan akhbar online ini ada beberapa komen yang sangat menyentuh perasaan.. Disebalik beberapa komen 'pedas dan berbaur perkauman' dari beberapa pembaca, terselit juga beberapa komen dari rakyat Malaysia yang mempertahan pejuang negara kita ini.. Malaysia Boleh.. *terharu.. kepala tunduk, tangan kat dada..










.

8 Penyokong CHELSEA:

Eyrique Ettiqazz. on July 27, 2012 at 9:39 PM said...

literal translation

Unknown on July 27, 2012 at 10:22 PM said...

Malaysia Boleh...

Cik Purple on July 27, 2012 at 10:41 PM said...

jaatnya hati dorg ni kan.. jeles letew.. ish.. geram lak baca komen2 dorg yg bukan2 tu.. klu dia dpt emas, putih mata la dorg.. cettt!!

Solehah Shamsuddin on July 28, 2012 at 1:11 AM said...

jahatnya org yg bg komen pedas2 tu.sbnrnye dyorg jeles sbb Malaysia da peserta yang bersemangat kental seperti penembak negara kita ni.Semoga akak terus berjuang.Malaysia boleh!

Kamsiah yusoff on July 28, 2012 at 7:53 AM said...

komen terakhir tu benar2 melampau...!!!

Cik tikah on July 28, 2012 at 8:04 AM said...

british passport? oh, perasannya.. pe la hbt sgt..

kak tie on July 29, 2012 at 5:58 PM said...

cissss...itu pun nak kecoh

Muhammad Naim Abdullah on July 29, 2012 at 6:31 PM said...

Biasa, mereka tidak ada erti budi bahasa, penat sahaja berlawan dengan mereka.

bersabar k

*Sesungguhny aku berpuasa

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!