Kerajaan Jerman pimpinan Angela Merkel memberi jaminan kepada masyarakat Islam dan Yahudi di negara itu bahawa hak beragama mereka akan terpelihara dan tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana peraturan mahupun keputusan mahkamah. Kerajaan pusat Jerman terpaksa membuat kenyataan itu ekoran kontroversi keputusan sebuah mahkamah wilayah Cologne yang membuat penghakiman bahawa amalan bersunat sebagai satu perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak. Ini berikutan satu insiden yang melibatkan satu keluarga Islam yang menyaman seorang doktor yang menyunat anak mereka yang kemudiannya mengalami pendarahan yang banyak. Bersunat adalah satu amalan dalam masyarakat Islam dan Yahudi.
Jurucakap Chancellor, Steffen Seibert memberitahu para pemberita, kerajaan memandang berat penghakiman itu yang dibuat bulan lalu dan mencetuskan kekecohan di kalangan warga Islam dan Yahudi Jerman. "Kepada kerajaan pusat, ia adalah jelas sama sekali bahawa kita tidak pernah menghalang amalan agama Yahudi mahupun Islam di Jerman. Sunat yang dijalankan secara penuh tanggungjawab tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang pendakwaan jenayah di negara ini," katanya. Bagaimanapun katanya, kerajaan berpandangan oleh kerana ia kini telah menjadi satu isu perundangan, adalah amat jelas juga bagi pihak kerajaan membentuk satu perundangan yang jelas mengenai amalan ini (bersunat) demi masa depan warga Jerman yang beragama Islam dan Yahudi.
Katanya, kakitangan dari pejabat Chancellor kini telah diarahkan supaya duduk berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan tentang bagaimanakah untuk menhalalkan amalan ini secara perundangan. "Ini kerana kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama setiap individu dan warga Jerman adalah prinsip asas perundangan di negara ini," katanya lagi. Mahkamah Wilayah Cologne yang mendengar kes itu kemudiannya telah membebaskan doktor berkenaan daripada sebarang kesalahan atau kecuaian tetapi pada masa yang sama menyatakan bahawa "hak kanak-kanak untuk mengekalkan keadaan intigriti fizikalnya sepertimana sediakala mengatasi hak ibu bapa untuk menguatkuasakan amalan beragama mereka ke atas kanak-kanak" sekaligus membentuk satu contoh yang boleh dijadikan rujukan dalam amalan perundangan pada masa hadapan.
Sejak kes itu dibicarakan, masyarakat Islam dan Yahudi Eropah berganding bahu membantah sebarang keputusan perundangan yang boleh menyekat amalan beragama mereka khususnya dalam amalan bersunat di kalangan kanak-kanak yang diamalkan tanpa sebarang masalah sejak berzaman lamanya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
mat saleeh mmg gitu, pemikirannya pelik
Post a Comment