Friday, July 6, 2012

Cara baru caj telefon dan ipad



Satu kajian yang dijalankan dua jurutera dari Universiti South Carolina menunjukkan baju T yang diubahsuai boleh berfungsi sebagai kapasitor tinggi dan menyimpan caj elektrik. ‘‘Kita memakai fabrik setiap hari yang mana kapas dari kemeja-t itu mempunyai pelbagai fungsi. Sebagai contoh, ia menjadi alat penyimpanan tenaga yang fleksibel dan boleh mengecas telefon bimbit atau iPad,’’ kata pensyarah dari fakulti kejuruteraan mekanikal universiti tersebut, Xiaodong Li. Li dan rakannya menggunakan baju T yang kemudiannya direndam dalam larutan fluorida dan dibakar pada suhu tinggi dalam ketuhar yang bebas oksigen.

Sebaik sahaja dikeluarkan, gentian yang terhasil ditukar daripada selulosa kepada karbon aktif yang mampu menyimpan cas elektrik. ‘‘Kita tidak lama lagi akan melihat telefon bimbit dan komputer riba yang mudah dibawa di pasaran. ‘‘Bagaimanapun, alat penyimpanan tenaga yang fleksibel diperlukan untuk menjadikannya satu kenyataan," kata Li yang dipetik Innovation News Daily. Jurutera itu menegaskan, tekstil karbon yang diaktifkan bertindak seperti kapasitor tinggi kerana ia mempunyai penyimpanan tenaga tinggi yang padat. Kedua-dua permukaan baju T yang disalut dengan lapisan nanometer mangan oksida mempertingkatkan kebolehan penyimpanan bahan elektrik.


‘‘Ia menjadikannya stabil dan kapasitor berprestasi tinggi,’’ katanya. Pasukan penyelidik itu juga mendapati kapasitor fabrik boleh mengecas dan mengalirkan elektrik beribu-ribu kali dengan kadar pembaziran yang rendah. Kajian itu boleh membawa kepada inovasi terhadap pakaian atau pun perabot yang boleh satu hari nanti digunakan untuk mengecas atau mengawal alat elektronik tertentu. - AGENSI





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 6, 2012 at 12:33 PM said...

haha..boleh cayo ka ni ..

Newskaki on July 6, 2012 at 11:36 PM said...

Hello, we're Newskaki, Malaysian Bloggers News Network Portal. We are pleased to invite you to our big family of bloggers, no matter you are local or not, just log on to www.facebook.com/newskaki or you can return us an email: advertise@newskaki.com. Not a blogger? It's okay for us, visit us at www.facebook.com/newskaki for latest hot events.
Also, don't miss the tempting Tutti Frutti with 20 percent discount in 1Shamelin only for first 50 Newskaki fans and bloggers! Not a fans yet? Join us now!
See you soon.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!