Monday, July 16, 2012

Giliran Dimitar Berbatov tinggalkan United?


Dimitar Berbatov berkata, adalah lebih baik jika beliau meninggalkan Manchester United walaupun keinginan untuk terus bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu masih ada. Penyerang yang sudah empat tahun di Old Trafford itu merayu untuk dilepaskan selepas dia hanya tampil 12 kali dalam pertanding liga musim lalu dan menjaringkan tujuh gol.

Setahun sebelum itu, beliau merupakan penjaring terbanyak EPL. Pemain Bulgaria yang dibeli United pada harga 30 juta pound daripada Tottenham, mahu menamatkan kontraknya bersama United tetapi pada masa yang sama masih berharap untuk kekal di Old Trafford. Beliau melepaskan kekecewaannya dalam Facebook beliau semua.


"Sebenarnya, saya sayang kelab ini tetapi saya tidak mahu kelihatan tidak berguna jika saya tidak bermain," kata pemain berusia 31 tahun. "Saya mahu bermain dan saya mahu membantu. "Tetapi tanpa sebarang alasan ia tidak berlaku, atau peluang saya dihadkan. Jadi adalah lebih baik jika saya ucapkan selamat tinggal." - AFP





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 17, 2012 at 3:01 AM said...

bagi seorang pemain bola sepak, mereka hanya nakkan beraksi di atas padang... mungkin lepas dia berhijrah, peluang utk beraksi lebih kerap dapat direalisasikan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!