Masa panas terik di wilayah Zhejiang China telah dilihat mencapai ke suhu 38C, dan ianya membuatkan satu keluarga telah menjumpai cara yang hebat untuk mengatasi rasa panas itu.
Zhou Yuhang, yang tinggal di Wenzhou bandar di timur China, tidak perlu berdepan dengan orang ramai yang tertumpu kepada kolam renang awam selepas bapanya menjadikan belakang van itu sebagai kolam renang bergerak.
Bapa yang pintar itu telah mengeluarkan kerusi dari belakang van dan meletakkan plastik sebelum mengisi belakang kenderaan itu dengan air, sehingga mewujudkan sebuah kolam renang persendirian untuk Zhou Yuhang berendam dan mandi bila-bila masa sahaja dia inginkan walaupun ketika van itu bergerak.
Bapa muda itu telah melengkapkan kolam renang itu untuk kanak-kanak berusia enam tahun itu menikmati musim panas. Hebat kan??
.
6 Penyokong CHELSEA:
hahahaa memang kreatif ya.. Bapaknya..
Salam kenal ya,,ditunggu yaw follow nya..
waahh kreatif ya bapaknya...
bagusnya idea dia.. contoh bapak mithali ni..
hahahaha.. macam ni pun boleh???hehe
kat malaysia x boleh ni.. sbb driver selalu memandu laju.. sampai kat trafic light je semua air tercurah ke seat depan..hihi...
Betul2.. setuju dgn komen rozita.. hahaha..
Post a Comment