China, hari ini merasmikan bandar terbaru mereka yang terletak di sebuah pulau terpencil di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh Vietnam. Beijing menamakan bandar itu sebagai Sansha. Ia ditubuhkan bagi meningkatkan peluang tuntutannya ke atas kawasan perairan di Laut China Selatan. Tindakan itu dilihat akan meningkatkan kemarahan negara-negara jiran China dan negara-negara yang membuat tuntutan bertindih ke atas kawasan maritim tersebut. Saluran penyiaran rasmi, China Central Television menyiarkan secara langsung majlis perasmian tersebut.
Ia turut menyiarkan ucapan datuk bandar Shansa dan beberapa pegawai lain dalam majlis tersebut. Shansa terletak kira-kira 13 jam dari tanah besar China menggunakan jalan laut.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment