Wednesday, July 25, 2012

Samsung Galaxy S III memang hangat dipasaran


Pembuat telefon pintar terkemuka dunia, Samsung Electronics telah menjual lebih 10 juta unit model terbaru Galaxy S III, sejak dilancarkan dua bulan lalu. Syarikat itu berkata, pada awal bulan ini, mereka menjangkakan rekod keuntungan operasi berjumlah AS$5.9 bilion (RM17.7 bilion) yang dicatat oleh syarikat bagi suku kedua tahun ini dibantu oleh penjualan menggalakkan telefon pintar di bawah jenama Galaxy.

Firma Korea Selatan itu yang bersaing dengan produk keluaran Apple telah melihat permintaan tinggi terhadap telefon Galaxy S III yang telah dipasarkan di Eropah sejak Mei lalu. ''Nampaknya ia (jualan Galaxy S III) telah melebihi 10 juta unit,'' kata Ketua Bahagian Komunikasi Telefon Samsung, J.K. Shin, sebagaimana lapor agensi berita Yonhap.


Shin berkata, bulan lalu dia menjangkakan jualan global bagi telefon terbaru syarikat akan melebihi 10 juta unit pada penghujung Julai termasuk jualan sebanyak satu juta unit telefon Galaxy S III di negara ini. Galaxy S III mempunyai skrin seluas 12.2 sentimeter, 22 peratus lebih besar daripada versi S II. Beberapa ciri baru yang diperkenalkan termasuk kamera pintar yang menggunakan teknologi pengenalan wajah, selain peningkatan kawalan pengaktifan suara. - AGENSI






.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

beli beli juga la ujung tahun ni, nak tunggu kalau2 ada s4 pula..hihih

Ce'gu JAERA on July 26, 2012 at 4:17 AM said...

malataoppppp.... Samsung juga paling mesra tangan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!