Friday, July 20, 2012

Katanya, dialah Allah dan Nabi akhir zaman


Bekas kapten didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah

Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin. Didakwa ejek agama Islam Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’. Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya. “Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi. Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.


Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah. Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat. Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat. Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula. -BH





.

8 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 20, 2012 at 8:19 AM said...

pulak dah... hari tu mengaku imam mahdi

skuterlady.blogspot.my on July 20, 2012 at 8:28 AM said...

Kalau tak gila isim nih...de mental problem le kot!

Solehah Shamsuddin on July 20, 2012 at 9:30 AM said...

erkk pe la org ni.pelik sgguh.dy ni mmg ske hina agama Islam kan,dy xsdar ke yg dy pn Islam jgk awalnya...

Amy Amira on July 20, 2012 at 9:54 AM said...

org sakit mental nak wat mcm mana..ni la ciri2 akhir zaman..semakin ramai yg sakit mental di akhir zaman ni

KA! on July 20, 2012 at 1:22 PM said...

ade yang pelik nie.. kalu dye yang semua? habis ..erm renung2 kan lah

Anonymous said...

org mcm ni elok campak laut...bru tau nk cri tuhan...

Unknown on July 20, 2012 at 10:02 PM said...

semoga dia diberi petunjuk dan hidayah....

Unknown on July 20, 2012 at 10:03 PM said...

semoga dia mendapat petunjuk
dan hidayah di bulan yang penuh barokah ni...InsyaAllah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!