Thursday, July 19, 2012

Soo Wincci mulai popular..


SELEPAS menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti, namanya kian dikenali, sekali gus memberi ruang buat penyandang gelaran Ratu Malaysia Dunia 2008/2009 ini mengembangkan bakat seni. Jika sebelum ini dia lebih dikenali di kalangan masyarakat Tionghua, penyertaan Soo Wincci, 26, dalam program itu membantu mendekatkan dirinya kepada khalayak lebih luas termasuk peminat Melayu. Apatah lagi dia sendiri baru saja menyiapkan album Melayu sulung. Wincci yang ditemui pada majlis pradengar album itu di ibu kota kelmarin rasa begitu bertuah kerana impian memiliki album dalam bahasa kebangsaan dapat direalisasikan. Sebelum ini dia pernah mengeluarkan tiga album Cina dan juga aktif berlakon dalam drama serta filem. Mencabar dirinya sendiri untuk tampil berbeza, Wincci mula merakamkan lagu untuk album itu pada tahun lalu, dibantu komposer terkenal, Ajai.

“Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini dan saya berpuas hati dapat bekerjasama dengan idola saya, Ajai, serta Joe Flizzow sebagai rakan duet. Ajai banyak menghasilkan lagu yang bagus, dan kini dia menghasilkannya untuk saya, sudah tentu saya teruja. “Mengikut rancangan asal, saya mahu melancarkan album ini sebelum menyertai program Masterchef Selebriti. Dek kesuntukan masa, ia ditangguhkan. Ada hikmah di sebaliknya kerana sejak menyertai program itu, lebih ramai yang mengenali diri saya. Pertandingan ratu cantik pun tidak membantu saya untuk mendapatkan populariti sebegini. “Sudah empat tahun saya dalam bidang seni, tetapi baru sekarang orang mula buka mata.


Semestinya album mini ini paling tepat untuk dijadikan batu loncatan,” katanya yang mengaku banyak cabaran perlu dihadapi untuk menghasilkan album berkenaan, termasuk memperbaiki pertuturan bahasa kebangsaannya. Namun ia bukanlah masalah besar kerana pelajar PhD dalam jurusan Pentadbiran di Open University ini bergaul dengan rakan Melayu sejak di bangku sekolah. Mempertaruhkan lagu Terus Teranglah, duet bersama Joe Flizzow sebagai single pertama, album ini turut memuatkan tiga lagu lain hasil ciptaan Ajai dan dirinya sendiri iaitu Jangan Risau, Musim Asmara dan Nombor 1.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Ardini Humaira on July 19, 2012 at 11:24 PM said...

wincci ni peramah taw.. dni dah penah pelok dia. ngehehe... pelok pinggang la ;p bgambo dengan dia... suara dia best macam dato' siti

Unknown on July 20, 2012 at 5:28 AM said...

ada iras2 neelofa dengan hanis zalikha sikit lah dia ni

Ct_hAjAr on July 20, 2012 at 7:52 AM said...

@Ardini Humaira yup..betul tu. sangat cantik dan very humble. sebijik suara dato siti..sangat..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!