Penggodam itu yang menggelar dirinya ZonD80 juga memaparkan satu video di YouTube yang mengumumkan kaedah yang digunakannya dan bagaimana untuk melakukannya. Namun, klip tersebut didapati telah disekat semalam dan memaparkan satu pesanan bahawa ia tidak lagi wujud kerana 'tuntutan hak cipta oleh Apple, Inc'. Menurut Huffington Post, laman web 9to5Mac yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan maklumat terbaru mengenai Apple mengesahkan dakwaan itu.
Katanya, ia telah berlaku ke atas beberapa gajet Apple yang mempunyai sistem IOS3 hingga iOS6. Bagaimanapun buat masa ini, Apple mampu menarik nafas lega setelah laman web kepunyaan penggodam itu tidak boleh dilayari untuk tempoh tiga hari kerana sistem pelayannya lumpuh. Apple tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara tersebut. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
uishhhh bahaya ni kak.. baru syieda ingat nak berukar ke hp baru.. :((
Post a Comment