Sunday, July 1, 2012

Usain Bolt bukan lagi lelaki terpantas



Usain Bolt adalah pelari lelaki terpantas di dunia tetapi hari ini tidak di negara asalnya, Jamaica. Penghormatan pelari terpantas kini milik Yohan Blake, yang menyudahkan larian final 100 mencatat 9.75 saat bagi mengejutkan pemegang rekod dunia itu dengan 0.11 saat pada persiapan Olimpik Jamaica, hari ini. Blake sepatutnya memiliki gelaran juara dunia itu tahun lalu lagi di Korea Selatan tetapi Bolt ketika itu tidak berlari selepas disingkirkan kerana melakukan kesalahan memulakan larian.
 

Hari ini adalah pertemuan mereka kembali dan Bolt dianggap pelarian pilihan kerana memegang rekod dunia dengan 9.58 saat. Blake adalah rakan latihan Bolt tetapi Blake tidak pernah berlari di bawah catatan 9.84 saat sepanjang kariernya. Namun larianya hari ini dengan catatan 9.75 saat adalah masa terbaiknya tahun ini, sekali gus memecah rekod kebangsaan empat tahun di Stadium Nasional. - AFP





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 1, 2012 at 7:55 PM said...

rekod still usain bolt pegang kannnn....... so dia still yg terpantas la

Anonymous said...

ko ni cite camna...walaupun usin tak dapat pecah rekod lama dia...tapi dia tetap pemegang rekod pelari terpantas di dunia...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!