Monday, August 6, 2012

Datuk Lee Chong Wei disambut sebagai wira di Malaysia


Datuk Lee Chong Wei akan disambut sebagai wira negara sekembalinya beliau ke tanah air pagi esok walaupun gagal meraih pingat emas dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik semalam. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, Chong Wei telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika bertarung menentang musuh ketatnya, Lin Dan. "Dia menunjukkan kesungguhan dalam usaha memenangi pingat emas di temasya terunggul itu.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan antara kedua-dua jaguh dunia itu di kediaman beliau di Seri Menanti di sini semalam. Katanya, semua pihak harus akur dalam sukan ada pihak yang menang dan ada yang kalah. Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan keputusan 21-15, 10-21 dan 19-21. Razali mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya menyumbang pingat perak untuk Malaysia. - BERNAMA







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!