Wednesday, August 15, 2012

Diskaun dengan Facedeals


Satu kamera baru yang digelar Facedeals, membolehkan premis perniagaan mengenal pasti mana-mana pelanggan yang memasuki kedai mereka. Menerusi kamera tersebut, gambar pelanggan akan diambil sebaik sahaja memasuki kedai sebelum ia dimuat naik di dalam laman sosial Facebook supaya identiti mereka dapat dikenal pasti. Selepas dikenal pasti, pelanggan tersebut akan ditawarkan potongan harga atau promosi menarik. Satu video promosi menunjukkan seorang pelanggan memasuki sebuah bar dan kemudiannya ditawarkan minuman murah selepas identitinya dikenal pasti.


"Facebook merupakan satu mekanisme berkuasa bagi sesebuah perniagaan untuk mempromosi barangan dan menawarkan potongan harga kepada pelanggan," kata agensi pengiklanan Redpepper yang mencipta kamera tersebut. Syarikat itu sebelum ini pernah mencuba penggunaan kamera tersebut di premis-premis berdekatan. Untuk menggunakannya, pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi Facedeals di dalam akaun Facebook mereka sebelum data biometrik gambar mereka dikenal pasti. Facebook, baru-baru ini membeli satu aplikasi pengecaman muka atas talian ciptaan sebuah syarikat yang digelar 'face.com.'. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!