Berita ni memang dah tersebar sejak semalam. Tapi, saja tunggu berita ni betul-betul disahkan barulah dikongsikan bersama di Lulu-Pages..Tersenyum gembira lulu bila dapat tahu.. Maklumlah pasangan yang sama sepadan ni, begitu mempersonakan. Selalu juga lulu asyik melihat gambar-gambar mereka berdua. Dan alhamdulillah selepas diijabkabul, kini mereka bakal menjadi ibu bapa, yang pastinya kepada seorang anak yang comel seperti mereka berdua. Tahniah ^__^
Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua. Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain. "Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung. "Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya. Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa. Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah. "Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.
.
10 Penyokong CHELSEA:
suke suke suke...
suke suke suke...
tahniahhh...sure anak diaorg comel nnti kaaannn :)
tahniah buat irma dan suami... >_<
syukur.. murah rezeki.
tahniah(:
thniah irma..
syukur :) comel sngt2 dorg berdua ni . hee
alhamdulillah... syukur... moga segalanya dipermudahkan olehNya...
sure tak kekal juga la ni..mana ada artis malaysia yg kekal perkahwinan..100% semua cerai tengah jalan. awal2 jer exicted, anak la, cinta la, jodoh la, pakai nama Allah2 la.. 3-4 tahun..bye bye janji manis mu
Post a Comment