Friday, August 3, 2012

Hebat : Kulit tiruan dicipta


Sekumpulan saintis Korea Selatan mencipta kulit tiruan untuk kegunaan robot dan sangat sensitif sehingga ia dapat merasakan pergerakan kumbang kura-kura, regangan dan bekam. Jurutera daripada Universiti Kebangsaan Seoul sedang menguji prototaip sensor elektronik fleksibel yang menggunakan cantuman rerambut untuk mengesan objek melalui tarikan statik. Penemuan itu hasil penyelidikan ke atas rambut semulajadi di belakang bahagian kumbang, mungkin memberi petunjuk bahawa anggota tiruan boleh dibuat menjadi lebih sensitif.

Rambut tiruan dicipta daripada polimer gentian iaitu sejenis lembaran kecil bahan yang mempunyai ukuran diameter 100 nanometer dan satu mikrometer panjang. Walaupun tidak dapat dilihat berbanding rambut manusia, saiz kecil dan bentuk bahan tiruan itu serta logam yang digunakan menjadikan rambut tiruan tersebut lebih mudah mengalirkan arus elektrik dan kesemua gabungan terbabit membolehkan mengesan sentuhan yang sangat sensitif. Kulit tiruan itu juga berpotensi untuk digunakan sebagai pemantau denyutan jantung, dengan melekatkannya pada pergelangan tangan untuk mengesan denyutan nadi.

Sesungguhnya kulit tiruan boleh mengesan sentuhan halus yang tidak akan dapat dikesan pada manusia iaitu sentuhan yang hanya boleh 'dirasai' oleh bulu. Ciptaan tersebut juga boleh mengesan 'tekanan' termasuk berat sekeping kertas, sebarang objek yang digesel di atas permukaan dan pergerakan putaran serta pergerakan yang sukar dikesan oleh mesin mekanikal biasa. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Athirah on August 3, 2012 at 2:06 PM said...

nice entry sis ^^
Turn M'sia pulak pas ni.hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!