Friday, August 10, 2012

Mak aiih.... Besarnya ikan keli..


Seorang gadis mengejutkan teman lelakinya dan juga beberapa kaki pancing lain apabila berjaya menangkap seekor ikan keli gergasi seberat 54 kilogram di sebuah tasik di sini, baru-baru ini. Kirstin Hole, 20, menangkap ikan gergasi itu ketika memancing bersama teman lelakinya, Lee Pollard, 29 dan beberapa pemancing lain di Taman Perikanan Oakwood di Thetford. Gadis itu sekali gus memecahkan rekod sebagai wanita yang berjaya menangkap ikan air tawar paling berat di United Kingdom, mengenepikan Bev Street yang menaikkan ikan keli seberat 29.9 kilogram pada 2007.


Kirstin yang memiliki ketinggian 1.57 meter itu menyifatkan ikan gergasi tersebut seperti sebuah bas. Selepas berhempas pulas menarik ikan gergasi sepanjang 2.1 meter itu ke darat, Kirstin sempat mengambil gambar sebelum melepaskannya semula ke dalam air. "Saya hanya mula terlibat dalam aktiviti memancing sejak berjumpa dengan Lee beberapa tahun lalu dan ia hanya sekadar untuk mengisi masa lapang.

"Ketika kami sedang tidur, alat isyarat yang dipasang pada batang pancing saya berbunyi dan saya terus menarik joran," katanya. Kirstin mengambil masa selama satu jam untuk menaikkan ikan keli tersebut ke darat. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

JunAina on August 10, 2012 at 12:29 PM said...

Ini mau buat kenduri tak larat nak makan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!