"Kerana jumlahnya yang kecil, protein tersebut tidak akan menyebabkan reaksi teruk. "Akhirnya, imuniti badan akan biasa dengan kehadiran protein. Ini menyebabkan seseorang itu tidak lagi mempunyai alahan terhadap kacang,'' kata jurucakap itu. Beliau berkata, pelekat sebesar syiling 10 pence tersebut baru memasuki tempoh ujian percubaan antarabangsa selama setahun melibatkan 200 pesakit yang mempunyai alahan terhadap kacang. Ujian tersebut akan menyaksikan sukarelawan menukar pelekat tersebut setiap hari. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment