Sunday, August 5, 2012

Pameran penghormatan buat Whitney Houston


Satu pameran penghormatan kepada penyanyi legenda Whitney Houston, bakal diadakan di sini pada 15 Ogos ini, enam bulan selepas kematiannya. Pameran yang dinamakan 'Whitney!' dan dianjurkan oleh kaum keluarga penyanyi itu akan berlangsung di Muzium Grammy, di pusat bandar Los Angeles. Menurut satu kenyataan muzium berkenaan, pameran itu akan memberikan pandangan menyeluruh mengenai aspek kehidupan kreatif penyanyi tersohor tersebut. Antara barangan yang akan dipamerkan ialah gambar dan rakaman video pemenang Grammy itu yang jarang dilihat, kostum pentas, album dan juga buku skrap sejak awal pembabitannya dalam kerjaya sebagai penyanyi.


Turut dipamerkan adalah poster-poster konsert miliknya serta memorabilia daripada peminat. Muzium Grammy juga meminta penyanyi dan juga ahli muzik yang pernah bekerjasama dengan penyanyi itu untuk berkongsi pandangan mereka tentang Houston, yang akan dipaparkan menerusi sebuah filem pendek sepanjang pameran itu berlangsung. Pameran tersebut akan diadakan sehingga Februari 2013. Houston ditemui mati pada 11 Februari lalu di dalam tab mandi di sebuah hotel mewah Beverly Hills, sehari sebelum anugerah tahunan Grammy diadakan. - AFP








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!