Tuesday, August 28, 2012

Robert Pattinson ada kekasih baru?


Hubungan kawan lama antara Robert Pattinson dan Katy Perry dijangka bertukar menjadi kekasih setelah pasangan itu dilihat menikmati makan malam bersama di sini, baru-baru ini. Menurut sumber terdekat, Pattinson, bintang filem Twilight dan Perry - seorang penyanyi, menikmati makan malam yang penuh mesra di restoran Soho House. "Perry memakai baju ketat serta berkilat dan Pattinson pula asyik merenungnya. "Mereka kelihatan malu-malu tetapi gembira," katanya. Akhbar The Sun pula melaporkan, Perry dilihat cuba menggoda Pattinson ketika makan malam tersebut. "Perry pada mulanya duduk di hadapan Pattinson sebelum berpindah ke sebelahnya.


"Kedua-duanya menikmati perbualan yang menyeronokkan dan mereka sering tertawa," ujarnya. Pattinson sebelum ini dihimpit kontroversi selepas kekasihnya, Kristen Stewart mengaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders manakala Perry baru sahaja berpisah dengan penyanyi John Mayer pada minggu lalu. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

hazirah kasimon on August 28, 2012 at 6:31 PM said...

:( haiz

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!