Monday, August 13, 2012

Tiang konkrit jatuh atas jalan raya


Sebatang tiang konkrit seberat 40 tan yang dibawa lori terjatuh di atas jalan secara mendadak di Jalan Tun Razak, berdekatan bulatan Kampung Pandan di sini awal pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke selatan. Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, tiang konkrit yang dibawa lori itu secara tiba-tiba terjatuh ke laluan bertentangan. Berikutan kejadian itu, jalan tersebut terpaksa ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan tiang konkrit tersebut dan lalu lintas bergerak perlahan. -utusan









.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 13, 2012 at 8:29 AM said...

nasib baik tak ada kereta kena himpap tu..

Rozita Ceritaita on August 13, 2012 at 9:11 AM said...

nasib baik pepagi buta kan? kalau siang sikit mesti banyak kereta terbabit tu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!