Thursday, September 13, 2012

Aneh : Bertahan hidup selama 12 tahun tanpa makanan


Henan, China, Berapa lama orang dapat bertahan hidup tanpa makanan? Menurut data, manusia tidak boleh bertahan hidup tanpa makanan lebih dari 3 minggu. Tapi seorang lelaki di China mematahkan teori tersebut, kerana dia mengaku telah hidup selama 12 tahun tanpa makanan dan hanya minum air. Ning Xuefa, lelaki 22 tahun berasal dari Henan, China, baru-baru ini menjadi perbualan kerana mengaku dirinya sudah tidak makan sejak 12 tahun. Melihat keadaan tubuhnya dengan tinggi 150 cm dan berat 40 kg, lelaki ini memang dilihat seperti orang yang tidak makan, tetapi ceritanya sukar untuk dipercayai. Ning mengaku dia benar-benar meninggalkan makanan ketika dia baru berusia 10 tahun. Hanya dengan melihat roti atau sayuran di atas meja saja dia sudah merasa mual.

Tenggorokannya kering dan merasa aneh sehingga dia minum banyak air sepanjang hari. Kini, Ning boleh minum hingga 15 liter air per hari. Ayahnya juga mengakui cerita Ning. Menurut si ayah, Ning sudah tidak pernah menyentuh makanan, baik nasi, roti atau pun daging. Satu-satunya yang paling dekat dengan makanan tapi tidak membuat Ning mual adalah susu. Sayangnya, keluarganya terlalu miskin untuk membelikan susu setiap hari. Oleh itu, pemuda ini terpaksa bertahan hidup hanya dengan minum air. Dia sudah cuba bekerja, tapi tubuhnya terlalu lemah. Dia juga harus sering berulang-alik ke tandas. Ning harus bergantung pada keluarganya.

Tapi dengan kebiasaan makannya yang aneh, keluarga mungkin tidak menganggapnya sebagai beban yang besar. Ning juga telah diperiksa oleh doktor dan didiagnosis dengan penyakit kronik thirst-inducing disease, tetapi doktor belum menentukan bagaimana dia mampu bertahan hidup selama bertahun-tahun tanpa makanan.






.

3 Penyokong CHELSEA:

kitakongsi on September 13, 2012 at 10:23 AM said...

Dengan tak makna dia mampu bertahan sehingga 12 tahun ,, semuanya kuasa Allah

yuyu on September 13, 2012 at 11:12 AM said...

tak ada yang aneh bila Allah yang berkuasa kat dunia nih.. masyaallah.. :)

Unknown on September 13, 2012 at 12:09 PM said...

Entahkan ye, entahkan tidak. Kira boleh jadi sejarah manusia kalau betul jadi.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!