Seorang nenek, Cindy Reutzel (53), melahirkan cucunya. Ya, cucu yang dikandungnya adalah anak dari anak perempuannya, Emily Jordan. Reutzel menawarkan diri mengandung cucunya setelah Jordan didiagnosis memiliki kanser rahim pada tahun 2010. Pembedahan untuk membuang kanser itu membuatkan Jordan tidak dapat mengandung. ”Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana rasanya ketika setelah membuang kanser, lenyap pula harapan memiliki anak sendiri,” kata Jordan.
”Emily dan suaminya, Mike, tidak dapat memiliki anak, saya menjadi sangat sedih. Saya ingin Emily memiliki hubungan dengan manusia lain seperti yang saya lakukan terhadapnya,” kata Reutzel. Dia lalu menawarkan untuk mengandungkan cucunya sendiri. ”Pada mulanya kami beranggapan itu bukan idea yang realistik,” kata Emily.
Namun, setelah anak dan ibu melakukan pelbagai ujian, termasuk ujian psikologi, doktor menanamkan embrio yang terbentuk dari sel telur Emily dan sperma Mike. Akhirnya, Reutzel melahirkan cucunya, Elle Cynthia Jordan, melalui pembedahan ceaserean.
.
5 Penyokong CHELSEA:
tak tercapai dek akal rasanya kan..inilah dunia skrg mcm2 boleh berlaku.
Dari sudut lain pulak.... begitu besar pengorbanan seorang ibu!
adoi.. knp daaaaaaaa
sbgai seorg ibu..dia sangup bkorban demi anaknya..akan tetapi...di dlm islam..ini bukanlah satu pengorbanan..
rasa mcm pengorbanan tu besar,tp kalo fikir site lain doktor tu kasik pulak mengandung yelah bukan umur 40 thn ke ats x digalakkan mengandung?
Post a Comment