Meteorit terbesar yang pernah jatuh di Britain dipamerkan buat pertama kali untuk tatapan umum di Muzium Salisbury dan South Wiltshire di sini bermula hari ini. Batu seberat 90 kilogram dan panjang 0.4 meter itu ditemui di halaman sebuah rumah di Lake House dekat Wiltshire dan dipercayai berada di situ sekurang-kurangnya 80 tahun yang lalu. Pakar pada mulanya percaya meteorit itu telah terhempas di bahagian lain di dunia sebelum ia dibawa ke England. Bagaimanapun penyelidik yang membuat kajian ke atas batu itu mendapati ia telah terhempas di situ sejak 32,000 tahun lalu, sekali gus menjadikannya tahi bintang terbesar pernah ditemui di Britain.
Ia diserahkan kepada 'Muzium Sejarah Semulajadi' bila keluarga Bailey menjual Lake House kepada pemuzik, Sting pada 1991. Prof. Colin Pillinger berkata, dia menyedari sejarah menakjubkan meteorit itu setelah melihat gambar dalam majalah Country Life. ''Kita tahu bahawa ia jatuh di dunia kira-kira 30,000 tahun sebelum Masihi dan ia mungkin terhempas di kawasan bersalji yang melitupinya. ''Kita juga percaya ia ditemui oleh orang dari zaman Neolitik iaitu mereka yang membina Stonehenge,'' katanya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
80 years ago? lame tu..
Post a Comment