Sunday, September 23, 2012

Kubur dalam laut pertama di dunia (3 Gambar)


Keindahan laut dan alam di bawahnya membuat ramai orang jatuh cinta. Beberapa orang bahkan rela dikubur di dasarnya kerana tak ingin berpisah dengan laut. Di Florida ada kubur bawah laut pertama di dunia. Ingin tahu? Neptune Memorial Reef adalah projek terumbu karang buatan yang membentang selebar 6.4 hektar persegi. Projek ini memiliki tujuan utama menghidupkan The Lost City atau Kota yang Hilang pada era Atlantis masa itu. Kawasan ini berada di 5.2 km dari Key Biscayne di Miami, Florida.


Berada di kedalaman 12 meter, projek ini memungkinkan terumbu karang berkembang biak dengan sihat dan produktif di sini. Tidak sembarangan, projek ini dilindungi dan sudah disetujui oleh EPA, DERM, NOAA, Florida Fish dan Wildlife and the Army Corps of Engineers. Yang menarik dari kawasan ini adalah layanan perkuburan di dasar laut. Anda boleh minta untuk dikubur di dalam laut dengan mendaftar di laman rasmi mereka. Cara pengkuburannya tentu dengan cara dibakar. Para penyelam boleh menyelam ke kawasan ini untuk melihat perkembangan terumbu karang atau mengunjungi keluarga yang dikubur di sana.


Namun hanya orang yang memiliki sijil diving yang boleh menyelam di sini. Ramai driver dan pecinta laut yang sering berkunjung ke sini. Malah, ada beberapa peneliti dan mahasiswa yang menjadikan tempat ini sebagai bahan penelitian mereka. Neptune Memorial Reef terbuka untuk umum. Semua orang, termasuk anda, boleh menyelam dan menikmati pemandangan bawah lautnya. Tertarik ke Perkuburan Bawah Laut ini?






.

2 Penyokong CHELSEA:

Zakiyatul on September 23, 2012 at 2:40 PM said...

menarik je cara pengkebumian dorang..huhuhu..follow la blog saya yang masih tersangat baru nie>>>http://luahancinta-atul.blogspot.com/..thx..:)

yayahnasake on September 23, 2012 at 9:26 PM said...

menarik :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!