Sunday, September 2, 2012

Samsung tak curi teknologi Apple


Mahkamah Jepun hari ini menolak dakwaan Apple Inc, bahawa pesaingnya, Samsung Electronics mencuri teknologinya. Ini merupakan keputusan terbaru saman melanggar hak cipta di peringkat global antara kedua-dua syarikat teknologi itu. Mahkamah Daerah Tokyo memutuskan Samsung tidak melanggar hak paten Apple yang terdapat pada iPhone dan iPad dan menggunakannya di telefon pintar Galaxy dan komputer tablet. Panel terdiri daripada tiga hakim itu turut menganugerahkan kos undang-undang kepada Samsung. ''Produk defendan tidak kelihatan menggunakan teknologi sama seperti produk milik plaintif jadi kami menolak aduan yang dikemukakan oleh Apple,'' kata Hakim Tamotsu Shoji ketika membacakan keputusan itu.


Dalam kes tersebut, Apple memohon pampasan 100 juta yen (RM3.937 juta) daripada produk-produk Samsung yang dijual di Jepun dan menuduh ia mencuri teknologi pemindahan fail muzik dan video. Keputusan itu dibuat seminggu selepas Apple menang pampasan lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) di mahkamah AS selepas juri mendapati syarikat Korea Selatan itu melanggar hak paten syarikat Amerika Syarikat itu. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 2, 2012 at 9:50 AM said...

samsung ngn apple duk gaduh,yang pening kepala Nokia.hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!