Monday, October 15, 2012

Berlian ini berusia 400 tahun


Sebutir berlian berusia 400 tahun sebesar ibu jari orang dewasa yang dianggarkan bernilai lebih AS$15 juta (RM45 juta) bakal dilelong di Switzerland pada 13 November ini. Berlian Archduke Joseph yang diberi nama sempena nama Putera Hungary, Archduke Joseph August itu dianggarkan 10 kali lebih berat berbanding cincin berlian yang dipakai aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston. Berlian milik Aniston itu dipercayai seberat 1.6 gram, manakala berlian Archduke Joseph pula seberat 15.2 gram. Program stesen televisyen NMC, Today yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Berlian firma lelongan Christie, Rahul Kadakia berkata, sukar untuk membayangkan saiz sebenar berlian Archduke Joseph itu.

"Berlian berkenaan dianggarkan sebesar telur burung puyuh dan benar-benar asli serta mempunyai warna yang terang," katanya. Berlian tersebut dipamerkan di New York, hari ini sebelum dilelong pada jualan lelong Magnificent Jewel di Geneva, Switzerland, awal bulan depan. Meskipun harganya dianggarkan bernilai AS$15 juta (RM45 juta), pakar berlian percaya harga barang kemas itu lebih mahal daripada itu. Malah, beberapa pembeli dari Asia Barat, Asia dan Rusia telah menyatakan minat untuk membida berlian terbabit.

Menurut Kadakia, RM45 juta merupakan harga yang berpatutan dan pihaknya mengharapkan jualan berlian itu akan mencatat rekod baharu. Firma Christie pernah menjual berlian tersebut pada harga AS$6.5 juta (RM13.5 juta) di Geneva pada 1993. Berlian itu dilombong dari lombong Golconda di India dan tergolong sebagai antara berlian termahal di dunia termasuklah berlian Kohinoor milik koleksi kerabat Diraja Britain dan berlian Regent yang dipasang pada Mahkota Perancis. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 17, 2012 at 4:57 PM said...

Belum penah lg sy pegang berlian secara live. Hadoi kempunan tul. Hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!