Seorang gadis kaya di Arab Saudi, meninggal dunia ketika solat, hanya dua hari setelah dia bertaubat. Menurut surat khabar tempatan dan dipetik dari laman Emirates247, gadis itu digambarkan menghabiskan sebahagian besar hidupnya, dengan melakukan tindakan tidak bermoral dan liar. Lantas, gadis yang tak disebutkan namanya itu, pergi ke seorang ulama Islam terkenal di Arab Saudi, pada Sabtu minggu lalu. Gadis itu kemudian meminta si ulama mengajarnya cara solat yang betul, dan dia menyatakan bersungguh-sungguh ingin bertaubat. "Sejak bertaubat dan keluar dari kehidupan lamanya, gadis itu tidak boleh berhenti menangis. Saat dia berlutut untuk solat pada isnin lalu, dia terjatuh dan meninggal," demikian diberitakan. Tidak disebutkan berapa usia si gadis, dan di mana dia tinggal di Arab Saudi.
.
3 Penyokong CHELSEA:
as salam,
masa di dunia makin singkat..semuga kita sempat perbaiki segala kekurangan
takotnyeee
Alhamdulilah dia meninggal dunia setelah bertaubat and meninggalkan kegiatan tidak moral dia... sekurang-kurangnya dia dah pon bertaubat kita nanti entah macam mana pula
Post a Comment