Pemerintah Arab Saudi merancang akan menghancurkan kawasan penting Islam meliputi masjid Nabawi di Kota Madinah dan beberapa kawasan penting lainnya. Rezim Al Saud yang menguasai pemerintahan itu di Arab Saudi merancang menghancurkan tiga masjid tertua di dunia. Masjid Nabawi di Madinah, di mana Rasullulah Muhammad dimakamkan, akan dihancurkan bulan depan setelah musim haji tahun ini. Pembangunan itu akan mengubah masjid Nabawi menjadi yang terbesar di dunia, dengan kapasiti 1.6 juta orang. Rancangan Saudi untuk meruntuhkan kawasan sejarah Islam yang paling dihormati oleh umat islam di dunia itu tentu saja amat mengejutkan. Menurut rancangan, sebahagian besar keluasanan Masjid Nabawi akan diperlebar sisi Barat masjid, yang di sana berada makam pendiri Islam dan dua khalifah pertama Islam Abu Bakar dan Umar.
Menurut Kementerian Urusan Islam Arab Saudi yang menerbitkan sebuah pamplet tahun 2007 dan disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh, bahawa penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh. Dr. Irfan al-Alawi dari Yayasan Riset Warisan Islam (Islamic Heritage Research Foundation) mengatakan sudah 10 kegiatan tahunan berkaitan kerosakkan kawasan Islam di Arab Saudi.
“Membisunya kaum Muslimin atas kehancuran Mekah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” tegasnya. “Filem tentang pelecehan Nabi Muhammad jadi protes di seluruh dunia, tapi penghancuran tempat kelahiran Nabi, dimana Rasulullah Saw berdoa dan mendirikan Islam justru dibiarkan hancur tanpa kritikan apa pun,” ujarnya.
Sumber
.
11 Penyokong CHELSEA:
Allahuakbar!!! Kena sebarkan ni~
Assalamualaikum lulu, minta sahihkan dulu berita ini jika tidak ini boleh menimbulkan fitnah dan kekecohan dunia.. ingat, ini melibatkan agama dan rasulullah s.a.w, maka berhati2 dalam menulis sesuatu..kalau betul, kita sama2 peranginya, kalau salah, kita sama2 berdoa untuk menghindarinnya..sekian
ish! Tak ada kerja. Lebih baik balik tolong ayah cuci kereta!
kalau betul, rasanya berlakulah Peperangan Dunia Ke-3.. errr?
betul ke maklumat ni?boleh bgtau sumber dari mana?
@Terbakor berita ni sahih, bukan buat2.. boleh tgk kat link ni
http://rt.com/news/saudi-arabia-prophet-mosque-615/
camana nk share ek?
wahh..bukakah arab saudi itu islam... knapa nak musnahkan tempat itu??
@Anonymous
mereka islam, tak semestinya mereka sukakan islam...
rasanya tak adil kalau tak baca keseluruhan berita dan terus menghukum.. kan dah dikata bakal dibina masjid yang lebih besar.. mungkin telah dikaji buruk baiknya..
tapi setiap orang ada pendapatnya..yang penting jangan terus menghukum..
apa yang terjadi ini mengapa semua nya jadi seperti mulai darimenjelek jelekan nabi muhhamad pada waktu dulu dan sekarang ada lagi yaitu dengan menghancurkan mesjid dimana waktu dulu nabi muhammad saw dilahirkan astagfirullah halazim .......... thanks infonya sob -_- hmmmmm kunjungan baliknya serta follback udeh ane follow tuh www.naufalthedarkness.blogspot.com
Post a Comment