Hari pertama di kelas untuk setiap murid baru boleh menjadi pengalaman yang luar biasa. Cuba bayangkan rasanya belajar sebagai salah satu dari 40,000 murid yang masuk di sekolah terbesar di dunia. Penghargaan Guinness World Records terbaru dianugerahkan kepada City Montessori School di kota Lucknow, India dengan 39,437 pelajar yang terdaftar pada tahun akademik 2010-2011. Pihak sekolah mengatakan, jumlah pendaftaran telah meningkat di atas 45,000. Sekolah itu memiliki 2,500 guru, 3,700 komputer, 1,000 ruang kelas dan salah satu dari sebelas team kriket yang paling kuat.
City Montessori School dibuka oleh Jagdish Gandhi dan isterinya Bharti pada 1959 dengan pinjaman 300 rupee dan hanya memiliki lima orang pelajar. Kini sekolah tersebut telah berkembang hingga lebih dari 20 lokasi di Lucknow, ibu kota negara bahagian Uttar Pradesh, dan terkenal dengan hasil ujian dan program pertukaran internasional. Para murid, yang berusia antara 3-17 tahun, semuanya berseragam dan masing-masing kelas menampung sekitar 45 murid, namun seluruh murid di sekolah tidak pernah dikumpulkan secara bersama kerana tidak ada tempat yang cukup besar untuk menampung mereka.
.
3 Penyokong CHELSEA:
uihhh ramai nya....sekolah saya dlu 200 org je.. sampai boleh detect la spe yg xdtg sek..
Sekolah ini mesti mempunyai prestasi yang bagus pasal tu orang berebut2 nak hantar anak kat situ.
boleh runtuh sekolah 5 tahun lg...haha
Post a Comment