Wednesday, October 17, 2012

Inilah planet baru yang ada 4 matahari



Satu pasukan astronomer amatur dan profesional pada Isnin mengumumkan penemuan planet yang disinari oleh empat matahari - iaitu fenomena yang pertama seumpamanya diketahui oleh dunia sains. Planet berkenaan, yang terletak lebih kurang 5,000 tahun cahaya dari bumi dinamakan PH1 sebagai menghargai "Planet Hunters" iaitu satu program yang diketuai oleh para penyelidik Universiti Yale untuk 'memburu' planet-planet baru. Mereka mendapati, PH1 berputar mengelilingi dua buah matahari yang kemudiannya diikuti oleh dua buah matahari yang terletak pada jarak yang agak berjauhan. Dunia astrologi setakat ini hanya menemui enam planet yang mengorbit dua buah matahari atau bintang.

Saintis Universiti Yale, Meg Schwamb, yang membentangkan penemuan ini pada persidangan tahunan ahli-ahli Persatuan Astronomikal Amerika di Nevada berkata, penemuan terbaru ini mencabar semua saintis untuk kembali ke meja kajian bagi meneliti bagaimana planet seperti ini mampu wujud dalam suasana ekstrem seperti itu. Ia, katanya, adalah satu persekitaran yang bukan sahaja ektrem tetapi juga dinamik. PH1 pertama kali ditemui oleh warga Amerika yang juga merupakan 'pemburu planet' yang aktif iaitu Kian Jek dan Robert Gagliano.

Pemerhatian mereka kemudiannya disahkan oleh sepasukan penyelidik Amerika dan juga British yang bekerja di Hawaii. PH1 adalah sebuah planer gas gergasi dengan radius 6.2 kali lebih besar dari Bumi dan sedikit lebih besar dari Neptune. Ia berputar mengelilingi dua buah bintang yang masing-masing adalah 1.5 dan 0.41 lebih besar dari matahari. Pusingannya mengelilingi matahari mengambil masa 138 hari sahaja. Yang lebih menakjubkan ialah dua buah matahari lagi didapati mengorbit sistem planet berkenaan pada jarak 1,000 kali lebih jauh antara Bumi dengan matahari.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!