Seorang gadis berasal dari India tak boleh makan dan minum selama beberapa hari. Keluarga akhirnya membawa gadis tersebut menemui doktor. Namun betapa terkejutnya doktor kerana yang ditemukan adalah gumpalan rambut seberat 1.8 kg. Kumpulan doktor di hospital kerajaan akhirnya harus mengeluarkan gumpalan rambut tersebut dari perut gadis berusia 19 tahun melalui pembedahan terbuka. Dr Parvinder Singh Lubana dari Maharaja Yeshwantrao Hospital memimpin pembedahan untuk mengeluarkan ’hairball’ dari perut gadis itu. Nasib baik, gumpalan itu berhasil dikeluarkan dengan selamat.
“Ini adalah kes yang jarang terjadi, dimana potongan rambut dan bahan seperti kapur atau batu melilit dan terjebak di antara lambung dan duodenum (bahagian dari usus kecil),” jelas Dr Parvinder Singh Lubana, seperti dipetik dari NDTV. Menurut Dr. Amit Agarwal, salah satu anggota kumpulan doktor, gadis itu memiliki kebiasaan aneh memakan rambut dan kapur di kelasnya.
Gadis tersebut akhirnya menderita obstruksi usus, yang menyebabkannya tidak boleh makan dan minum untuk beberapa hari terakhir. Rambut memiliki bahan yang tidak boleh dipecah oleh sistem pencernaan manusia, sehingga memakannya terus menerus boleh menyumbat sistem pencernaan. Bila tidak segera diselamatkan, nyawa gadis ini boleh saja melayang.
.
3 Penyokong CHELSEA:
aik????dye mkn rmbut ke..hehehehe...
eee apasal dia mau makan rambutnya juga? geram lak aku pikir. haha
eeewwww.... meal dia mkn rambut ke?? ingat taik tadi.. huhuhu
Post a Comment