Seorang wanita England memiliki rasa takut terhadap tandas sehingga dia selalu lari setiap kali mendengar suara air pada tandas. Hal itu sering membuatnya merasa seperti ingin ditelan oleh tandas. Ney Decino, setiap kali ingin ke tandas dia selalu meminta anggota keluarganya untuk menarik air tandas untuknya. Fobia aneh ini bahkan memaksanya untuk bekerja dekat dengan rumah agar dia boleh lari kembali ke rumahnya, hanya untuk menggunakan tandas. Menurut wanita berusia 20 tahun itu, dia merasa lebih aman dirumahnya. “Suara air membuatku merasa menggigil sampai ke tulang belakang. Ini mengerikan kerana saya merasa seolah akan ditelan tandas. Saya tidak tahan lama di dalam tandas,” ujar Ney.
Ketakutan Ney ini bermula ketika usianya baru empat tahun, setelah melihat filem di tahun 90 an yang berjudul Look Who’s Talking Too. Dalam filem itu sebuah tandas hidup dan menjerit dengan mata yang besar dan taring yang tajam. Hal itu yang telah menghantui Ney sejak saat itu. "Sejak aku melihat filem itu, aku ketakutan. Ketika aku berusia sekitar 11 tahun," ujar wanita berambut perang itu. Fobia masa kecilnya itu masih menghantui sampai hari ini sehingga dia menolak untuk menggunakan tandas awam.
.
1 Penyokong CHELSEA:
saya pernah mengalami keadaan macam ni.. trauma.. saya trauma kat baldi yang dipenuhi air.. sebab saya rasakan dalam baldi tu ada ikan jerung. betul ni. saya tak tipu..
Post a Comment