Tuesday, October 23, 2012

Mengelak pencemaran udara, mari pakai seluar 'hijau'


Seorang ahli kimia dan pakar fesyen di sini, menghasilkan sejenis seluar jean mesra alam yang mampu membantu mengatasi kematian kira-kira 1.3 juta penduduk dunia akibat pencemaran udara setiap tahun. Rekaan inovatif itu merupakan kerjasama antara ahli kimia dari Universiti Sheffield, Profesor Tony Ryan dan pakar fesyen dari Kolej Fesyen London, Profesor Helen Storey. Setiap seluar jean rekaan mereka disalut dengan partikel titanium dioksida yang bertindak balas terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen dioksida yang terhasil daripada asap kenderaan dan kilang.

Menurut Storey, dia memulakan projek menghasilkan pakaian berunsurkan teknologi hijau yang diberi nama 'Catalytic Clothing' setelah berjumpa dengan Ryan pada 2004. Katanya, projek itu telah diusulkan kepada syarikat cucian, Ecover bagi menghasilkan bahan tambahan dipanggil 'CatClo' dalam serbuk pencuci dan pelembut fabrik. "Untuk menjadikan ia berfungsi, orang ramai hanya perlu menggunakan CatClo ketika mencuci seluar jean mereka,'' katanya. Ujian keselamatan telah dilakukan ke atas jean tersebut dan tiada bukti menunjukkan ia berbahaya kepada kulit manusia dan bekalan air. Seluar jean itu akan dijual dua tahun lagi. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

JunAina on October 23, 2012 at 10:10 AM said...

Macam2 tapi ammpu ke kita nak beli nanti.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!