Tuesday, October 30, 2012

Ketahuilah... asuhan tentukan saiz otak anak


Satu kajian mendapati asuhan ibu bapa bukan sahaja memberi kesan kepada emosi anak-anak, malah berupaya menentukan saiz otak mereka ketika masih kecil! Pakar Neurologi, Profesor Allan Schore dari University of California Los Angeles berkata, kanak-kanak dengan saiz otak yang besar dan berkembang mendapat sepenuh perhatian daripada ibu bapanya secara berterusan sejak bayi. Ketika bercakap kepada The Sunday Telegraph, beliau berkata, kanak-kanak yang mempunyai otak sempurna lebih bijak dan mampu membina kebolehan sosial, berbanding kanak-kanak dengan otak yang terbantut dilihat lebih mudah terjebak dengan masalah sosial seperti penagihan dadah dan keganasan, menganggur serta tidak berdikari.

Selain itu katanya, kanak-kanak dengan saiz otak yang kecil juga lebih terdedah kepada penyakit serius dan penyakit mental. Jelas beliau, sekiranya seorang bayi tidak mendapat layanan sewajarnya dalam tempoh dua tahun pertama usianya, beberapa aspek pada fungsi otak termasuk kepintaran tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan lebih menyedihkan terdapat kemungkinan otak tersebut tidak akan berkembang. Kajian itu juga menunjukkan keadaan akan menjadi lebih teruk jika ibu bapa mengabaikan anak, maka lebih banyak kerosakan akan berlaku pada otak. Kanak-kanak yang mengalami pengabaian sejak kecil juga dilihat cenderung mengabaikan anak-anak mereka, sebagaimana yang berlaku kepada ibu bapa mereka sewaktu mereka masih kecil.

Bagaimanapun, fenomena itu boleh dihalang melalui pencegahan peringkat awal dengan sokongan keluarga, kata Schore. Kajian terbaru itu mempunyai kaitan dengan satu kajian yang pernah disiarkan awal tahun lalu oleh oleh pakar psikiatri kanak-kanak dan neurosaintis dari Washington University School of Medicine, yang mendapati kanak-kanak yang mendapat kasih sayang secukupnya pada awal usia mempunyai otak dengan kawasan hippocampus lebih besar, iaitu struktur penting untuk pembelajaran, memori dan tindak balas terhadap tekanan. - AGENSI





.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on October 30, 2012 at 12:11 PM said...

wah.. menarik ni.. thanks for sharing lulu..

Izwa Kamaruddin on October 30, 2012 at 1:13 PM said...

like this!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!