Saturday, October 6, 2012

Penyanyi rap ini mengejutkan semua orang kerana dia masuk islam


Di tengah perdebatan soal pemakaian jilbab di Perancis, seorang penyanyi rap perempuan Perancis mengejutkan umum dengan kemunculannya memakai jilbab setelah dia masuk Islam. Mélanie Georgiades, dikenali dengan nama Diam's, mengubah penampilannya setelah umum mengenali dia sebelum 2009. Stasen tv Al Arabiya melaporkan, sejak 2009 Diam's mula tidak muncul dalam acara-acara muzik rap. Masyarakat mula tertanya-tanya keberadaan Diam's. Baru-baru ini Diam's muncul dalam sebuah acara tv dengan penampilan barunya mengenakan jilbab. Dalam wawancara eksklusif dengan stasen tv Perancis TF1, Diam's menceritakan masa lalunya, termasuk soal keterlibatannya dengan dadah, kisah dia ditempat rehab, hingga akhirnya menjadi mualaf.

"Saya dulu sangat terkenal tapi saya sering menangis sendirian di rumah. Ini tidak dirasakan para peminat saya," ujarnya. Dia juga mendedahkan telah menikah dan mempunyai anak. Diam's mengatakan mengenal Islam secara kebetulan ketika melihat temannya solat. "Masuk Islam merupakan keputusan saya sendiri setelah mempelajari Islam dan membaca kitab suci Alquran," katanya. Dia mengaku makin tenang setelah berjilbab. Dengan masuk Islam dia merasa mendapat kenyamanan dan kehidupan sebagai bintang muzik tidak sesuai lagi. "Masuk Islam menghangatkan hati saya. Saya jadi tahu tujuan hidup dan kenapa saya hadir di dunia," ujarnya.

Dia mengakui pengalaman solat pertamanya sangat berkesan. "Pertama kali kepala saya menyentuh lantai rasanya menyentuh sekali. Saya belum pernah mengalami perasaan ini." Perancis telah menerapkan peraturan melarang kaum muslim memakai simbol-simbol agama di muka umum, termasuk jilbab.





.

5 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on October 6, 2012 at 10:30 AM said...

Alhamdulillah.. semoga makin ramai yang akan memeluk islam selepas ini..amin...

I do I need Iman on October 6, 2012 at 5:46 PM said...

alhamduliillah. syukur

hazirah kasimon on November 30, 2012 at 10:04 AM said...

syukur

Maria Firdz on November 30, 2012 at 12:54 PM said...

hidayah Allah tu mahal.. dan ianya hak milik Allah...

done follow.. follow me back.. :)
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com

Kekzamanis on November 30, 2012 at 8:46 PM said...

Begitulah indahnya Islam.. Alhamdulillah bertambah lagi saudara kita.. =)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!