Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking. Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata. Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.
Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia. Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton. "Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.
"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya. Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya. - AGENSI
.
4 Penyokong CHELSEA:
wuuuu osem
pergh...gila la..lagi bijak daripada albert einstein tu..
pernah tengok dia ni dalam surat khabar hari tu,, smalam or 2 hari lps,,
Waaahh. Jeles ai.
Post a Comment