Saturday, October 13, 2012

[Sedih] Kerana akan mati, seorang Ibu tunjukkan sayangnya pada anak melalui blog


Setiap tahun, ratusan ribu wanita meninggal kerana kanser payudara. Penyakit itulah yang menyerang wanita berasal dari New Jersey, Meredith Israel Thomas. Doktor mengatakan bahawa hidupnya hanya tinggal tiga bulan. Awalnya, Meredith didiagnos kanser payudara tahap 2. Baru dua minggu, kansernya bertambah ganas hingga memasuki tahap 4 pada 26 Jun 2009. Penyakit itu telah menjalar ke hati, tulang belakang, tulang rusuk, dan tulang lainnya. Setelah tiga tahun dia boleh melewati masa-masa senang bersama anaknya, doktor mengesahkan hidup Meredith hanya bertahan selama 3 bulan dari sekarang. Wanita berumur 39 tahun ini sangat sedih kerana harus meninggalkan Niomi, anak tunggalnya yang baru berumur 5 tahun. Meredith kemudian menulis blog agar suatu hari nanti Niomi tahu bahawa ibunya sangat menyayanginya.

"Blog ini untuk Niomi, mungkin dia tidak ingat segalanya, tapi dengan ini dia akan ingat. Orang akan bercerita padanya tentang ibu yang sangat menyayanginya," tutur Meredith. Blog tersebut ditulis bukan kerana takut akan kematian, tapi takut meninggalkan anaknya tanpa seorang ibu. Meredith takut buah hatinya membesar menjadi wanita yang tidak terurus. "Siapa nanti yang akan memberitahunya tentang menstruasi, membeli bra pertama, mengajarkan tari, menghindari pergaduhan antara gadis, mengajarinya tentang lelaki, dan menggunakan make up," ungkapnya. Meredith dan suaminya, Gary memutuskan untuk tidak memberitahukan keadaan saat ini kepada Niomi.

Dia selalu menyembunyikan kesan dari kanser tersebut sehingga membuat Niomi bingung kerana fizikal si ibu kian memburuk. Mulai dari sering kelelahan, rambut rontok, hingga perut yang membengkak. Menjelang kematiannya, Meredith sudah mempersiapkan psikologi anaknya. Dia juga membantu suaminya menjadi orang tua tunggal. Kini, Meredith berharap masih boleh mengajak Niomi bermain ski, berjalan menyusuri pantai, memetik epal, dan menghirup udara segar bersama-sama sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.








,

8 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 13, 2012 at 8:29 PM said...

ohh... tersentuhnya.

izwan on October 13, 2012 at 10:05 PM said...

sedih..sian kan?

ct cheery on October 14, 2012 at 8:49 AM said...

cian....

Hani Rahman on October 14, 2012 at 8:17 PM said...

Alahai ...

umishas on October 16, 2012 at 4:47 PM said...

cidehnyer..huhu..nk nanges plak..

najwa atiqah on December 20, 2012 at 10:34 AM said...

seddeiyhnye...

Unknown on December 22, 2012 at 8:01 PM said...

Sedihnya...

Mira Maisara on January 10, 2013 at 4:08 PM said...

sedihnya. kasih sorang ibu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!