Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir. Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Disember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut melaporkan keretanya hilang kepada polis Munich. Pihak polis menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat road tax kereta itu sudah habis tempohnya. Polis menemui kereta itu 4 km dari tempat dimana lelaki berumur 33 tahun itu rasa adalah tempat sebenar keretanya diparkir (4km???). "Anehnya letaknya terlalu jauh, meskipun si pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar jurucakap polis Alexander Lorenz. Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin gerudi dan pemutar skru elektrik.
.
8 Penyokong CHELSEA:
bsr sangat kot parking lot tu,,
teruk sangat pelupanya ni.
4 tahun eh nak jumpa balik? lama tu...
dahsyat 4 tahun baru jumpa..
dulu pun pernah tak ingat letak kereta kat mana masa kat angsana..
tapi lebih x ingat keter... pasal tu keter sewa... huhuhu
2 tahun baru jumpa balik tu, padahal terlupa parking je hehe
4 tahun dah standard degree dah pelupa di ni...
Apa2pon taniah sebab dapat jumpa balik kereta tu.
kalu kerete dah lupa dah bini mcm mane plak
laa...die kan 33 tahun,nyanyok
Post a Comment