Saturday, November 17, 2012

28 ikan paus pilot terdampar di pantai


Sebanyak 28 ekor ikan paus jenis pilot terdampar di pantai New Zealand, hari ini dan pihak berkuasa cuba mengapungkan haiwan itu yang hampir mati dalam usaha untuk menyelamatkan spesies tersebut. Pengurus wilayah, Jabatan Pemuliharaan (DOC), John Mason berkata, sebanyak 12 daripada ikan paus itu yang terdampar di Golden Bay, South Island sudah mati, manakala selebihnya berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan.' Menurutnya, selalunya ikan paus yang terdampar ketika air pasang besar pada setiap bulan, mempunyai peluang yang tipis untuk kembali ke laut lepas. "Biasanya mereka melakukan begini ketika air pasang sederhana, namun kini air pasang besar.

"Air pasang berikutnya pula tidak akan sampai pada ikan paus ini dan kami sedang memikirkan langkah untuk menyelamatkan ikan- ikan ini, namun selalunya kami hanya membiarkannya kerana kami tidak mempunyai pilihan," katanya. Fenomena ikan paus terdampar di pantai bukan sesuatu yang baru di New Zealand. Januari lalu, kira-kira 100 ikan paus jenis pilot terdampar di teluk yang sama, dengan kebanyakannya mati. Ikan paus pilot termasuk dalam keluarga ikan lumba-lumba dan boleh membesar sehingga enam meter. Sehingga kini, punca ikan paus pilot terdampar di pantai masih belum dikenal pasti, walaupun saintis berkata, ia berlaku apabila sistem pemanduan ikan itu mengalami masalah ketika berada di kawasan air yang cetek. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on November 17, 2012 at 9:42 AM said...

kesiannya...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!