Seorang ibu tunggal berusia 20 tahun ditahan orang awam kerana mencuri beg tangan dalam surau sebuah pusat membeli belah di sini. Ketua polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan mencuri beg tangan mangsa apabila mangsa sedang bersolat. Menurutnya, ini bukan kali pertama suspek melakukan perbuatan itu. Suspek kemudiannya diserahkan kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut. Dari siasatan dijalankan, suspek mengaku tidak bersekolah sejak berusia 15 tahun kerana ketika itu dia melahirkan bayi pertama. “Suspek mengaku melakukan perkara sama di beberapa surau lain. Selain wang tunai, suspek turut melarikan telefon bimbit mangsa sebelum menjualnya. Suspek ditahan lokap di Balai polis Lunas sebelum didakwa di mahkamah,” katanya. -SH
P/S - Gambar sekadar hiasan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment