Kerana ingin meneliti sebuah pulau yang ditampilkan Google Earth, Google Maps dan peta digital lain, beberapa pakar melakukan perjalanan ke pulau tersebut. Alangkah terkejutnya mereka kerana ternyata pulau tersebut tidak benar-benar ada. Beberapa pakar dari University of Sydney melakukan perjalanan untuk meneliti sebuah pulau bernama Sandy yang dikesan dalam Google Earth. Pulau tersebut adalah pulau tak berpenghuni yang terletak di dekat Australia. Ketika para pakar tersebut mula menuju koordinat seperti yang tertera di Google Earth, mereka bingung kerana yang mereka temui hanyalah lautan dan tidak satu pulau pun. Tentu saja, berita tersebut heboh terutama di dunia maya.
Ramai orang yang mengatakan bahawa maklumat dalam google itu tidak tepat. Ketika perkara ini diajukan kepada Google, Google menyedari ada kekeliruan yang terdapat di dalam data yang ditampilkan. Menurut Wikipedia, di beberapa peta digital termasuk Google Maps, pulau tersebut akan nampak seperti aslinya, namun di Google Earth, pulau Sandy hanya terlihat seperti lingkaran lonjong berwarna hitam saja.
.
1 Penyokong CHELSEA:
ni pulau dalam cite Life Of PI ni, hehe
Post a Comment